Ahad, 6 Februari 2011

coba::

aku tak ada.

apa kau rasa??

terlewatkan =')

pergilah.

aku takkan teriak nama kamu lagi.
dalam hati kecil ini.



bahagia selalu tau.kamu dalam doaku. =')

kelibat ^^

jika kau diutuskan untuk aku
dan tujuan mu untuk memesongkan aku.
maka pergilah!

jika kau tidak mahu.
jangan kata aku tak mampu menundukkan mu.

kerna aku berdiri di atas teras Illahi.
Tuhan kepada kamu.
dan berkat kurniaNya kepada aku.
tubir ayat-ayat suciNya, bersamaku.
dan Dia bersama aku.

dan jika kau hanya datang untuk melihat
singgah.
haruslah kau beredar dengan aman.
jangan ganggu kami sekalian anak cucu adam.
jangan sesarkan kami dari pedoman.
dan jangan kau sekali lakukan.

Pulang pada Tuhanmu..Lailahaillallah..
Tiada Tuhan yang disembah selain ALLAH.
Pergilah.


moga yang ternampak kan hilang, dan yang tidak ternampak kan terlindung.
Lindungi kami Ya Allah

perca::

biarpun hatiku kau siat bagai kain perca,
aku akan simpan sisanya sampai
kau datang dan anyam semula menjadi
cinta.

gawal aku ^^




kau karang dusta

kau cipta celaka
kau bikin sengketa
kau dagang cerita
segala dibuat mana motifnya?
tidak seimbang, tiada timbang taranya




dah puas gelinjang??
atau kau mahu gelintang??



bila mahu rubah?
bila mahu ubah?
mungkin bila kau rebah



aku dajat tak mahu kau merempat..



saat itu,
baru nak bentang sejadah
gayuk butir tasbih terikat
mulut kumat-kamit penuh kalimat
bila mahu sadar?
tunggu separuh sedar?



mau tunggu awan cium bumi?
mau tunggu bulan terbahagi?
atau kau
mau syamsu terbit barat?
mau laut jadi darat?



TIDAKKK
usahlah..
takut tak sempat!
tutup habis pintu taubat
usahlah...
cepat! jangan sampai tertelat.



p/s: nota untuk diri sendiri yang penuh khilaf.. aku bukan malaikat, tanpaMu aku hidup keparat, melarat tak bertempat. Aku pinjam segalanya milikMu.. Ampuni aku Ya Rabb...

hell hols ^^

kalau dapat ku
genggam rumput-rumput di bumi
lama sudah aku tarik
aku racik-racik
campak ke langit
langit pulang balik
jatuh atas aku sendiri
*sigh*

kalau dapat aku
sepak-sepak pasiran di pantai
nescaya aku akan gulingan disitu
tidur sampai kulit hitaman

bosannya hidup
hanya tau bazirkan masa
harini berlalu, aku tunggu esok datang
esok dah datang, aku tongkat dagu ke awan
dah lusa pula.

argghhh! *capai buku*
wake up dear!!!!!!!!!!!!


banyak yang perlu dibuat, tapi aku masih lengahkan waktu itu..

terbang tinggi ::

maaf.

aku kotor.


jauhi aku..

esakku ^^

buruknya aku, sembunyikan diri

hanya mampu tangis bawah jirusan air
ya! mana lagi! bilik air!
supaya tak kedengaran, tak kelihatan.
keluarnya kamar kecil itu,
mata hidung semua merah segala.
masih mampu selindung
"mandi lama..sabun masuk mata"

hanya mampu tangis tika bertelekung
ya..masa aku bersujud
di bilik kosong, sendiri saja.
baru esak ku hamburkan.

hanya mampu tangis
di depan al-Quran
sambil menusuri bacaan-bacaan.
habis lencun kaca mata, basah.
bahkan helaian-helaian itu,
Allahu akbar..maaf ya Tuhan.

aku cuma pingin kekuatanMu.

apa ini dikata hipokrit??
kerna cuba sembunyi di balik dinding,
nangis sendiri, teriakan sendiri.

atau ini dikata kuat? kerna
mereka tak tau apa yang tersirat
bangkit dari tabir, dan senyum kembali.
macam tak ada apa yang jadi.

marah la aku..maki lah aku..
aku senyumkan saja..sampai 'akhir'ku.
meski skali itu pun, kau mesti kesal dengan tingkahmu.

akomodasi kekurangan ^^

ada satu perkara
yang aku fikirkan
mundar-mandir
belenggu aku, ekori selalu.

perkara ku kira paling besar
besarnya mampu tolak semua
kamu..

cinta

yang bila terbongkar itu,
dan ketahui aku akannya,
satu picis tak ku terima,
satu picis takkan ku terima,
satu picis tak aku akan terima..

satu hati pun tak ada,


hanya Dia.

terima kasih


Setelah berpuluh carta kau cipta,
akhirnya kau lelah menunggu.

Pergilah.tak apa..