Ahad, 6 Februari 2011

gawal aku ^^




kau karang dusta

kau cipta celaka
kau bikin sengketa
kau dagang cerita
segala dibuat mana motifnya?
tidak seimbang, tiada timbang taranya




dah puas gelinjang??
atau kau mahu gelintang??



bila mahu rubah?
bila mahu ubah?
mungkin bila kau rebah



aku dajat tak mahu kau merempat..



saat itu,
baru nak bentang sejadah
gayuk butir tasbih terikat
mulut kumat-kamit penuh kalimat
bila mahu sadar?
tunggu separuh sedar?



mau tunggu awan cium bumi?
mau tunggu bulan terbahagi?
atau kau
mau syamsu terbit barat?
mau laut jadi darat?



TIDAKKK
usahlah..
takut tak sempat!
tutup habis pintu taubat
usahlah...
cepat! jangan sampai tertelat.



p/s: nota untuk diri sendiri yang penuh khilaf.. aku bukan malaikat, tanpaMu aku hidup keparat, melarat tak bertempat. Aku pinjam segalanya milikMu.. Ampuni aku Ya Rabb...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan