Isnin, 14 Februari 2011

kerana apa kau melamarku,?

Aku masih tidak faham dengan lelaki;
Penting benarkah seorang perempuan itu –
Punya wajah secantik purnama,
Punya sijil dari universiti ternama,
Punya keturunan para anbia,
Dan punya harta.

Kepada engkau yang bernama lelaki,
Dengarkan ini,
Maaf bila aku menolak,
Bukan kerana aku memilih berdasarkan rupa,
Tapi bila kau kata niatmu ikhlas padaku,
Aku jadi ragu,
Sebab awal-awal sudah kau katakan kau terpikat kerana rupaku.
Dan sekalipun kau tidak nyatakan itu,
Aku dapat membaca.
Tuhan akan suluhkan daku cahaya.
Subhanallah.

Kau dengarkan ini.
Lagi sepuluh tahun, dua puluh tahun akan datang,
Aku akan berumur 40 tahun, 50 tahun.
Ketika itu aku sudah jadi nenek,
Kulit mukaku tidak lagi setegang hari ini.
Percayalah.
Kalau muka aku cacat,
Masihkah kau berani katakan kau jatuh cinta padaku?
Bila muka aku sudah berkedut,
Beranikah kau bersumpah atas nama Allah yang cinta kau tetap sama seperti hari ini?
Bolehkah?

Barangkali sebab aku ini keanak-anakan,
Barangkali aku ini kelihatan seperti budak yang maha jahil,
Maka itu kau berani katakan kau cinta padaku sesuka hatimu,
Sungguh,
Kalau rupa yang kau cari,
Kalau bijaksana yang kau mahu,
Kalau sempurna yang kau kejar,
Aku bukan perempuan itu.
Sekali-kali jangan kau rendahkan aku.

Kalau aku berkahwin,
Bukan sebab aku risau umurku yang semakin bertambah,
Bukan juga sebab malu kepada saudara-mara,
Bukan juga sebab mengikut adat.

Kalau aku berkahwin,
Aku berkahwin kerana aku mahu jadi manusia yang lebih baik,
Aku berkahwin kerana aku mahukan kehidupan yang lebih baik,
Aku berkahwin kerana aku harap aku akan menjadi hamba-Nya yang lebih baik.

Jadi dengarkan ini,
Tanam kukuh-kukuh dalam kepalamu,
Kalau kau mahu melamarku,
Hanya kerana rupaku,
Hanya kerana pendidikanku,
Hanya kerana aku nampak seperti sempurna di matamu,
Atau hanya sekadar penyedap di tempat tidurmu,
Percayalah,
Aku bukan orang itu.

Kalau niatmu bukan hendak membimbingku,
Kalau niatmu bukan penuh harapan agar aku menjadi manusia yang lebih baik,
Dan kau juga akan menjadi manusia yang lebih baik,
Lupakan saja aku.
Sebab,
Aku bersumpah di atas nama Allah,
Aku ini sebenarnya manusia yang hodoh, bodoh, busuk dan cacat.
Percayalah.




“Ya Allah, kalau berkahwin itu lebih baik bagiku, maka Kau temukanlah daku dengan jodoh yang terbaik buat agamaku, duniaku, dan akhiratku. Tapi, andai sendirian itu lebih baik bagiku, maka Kau suluhkan jalan buatku, pimpin daku, dan nanti Kau hidupkan daku di ‘sana’ sebagai pengantin-Mu. Amin.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan