Khamis, 10 Februari 2011

kiraan

Di dalam kosong
hanya ada satu
iaitu aku

bila berdua
tiga kata yang aku mahu
iaitu ' aku cinta kamu'

dan bila bimbang meraja
aku pinta
untuk percaya


dan bila aku tiada
teruskan nafasmu
bukakan langkahmu
gagahkan tingkahmu
kuatkan hatimu
agar tenang ragaku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan