Jumaat, 11 Februari 2011

kefahaman tentang dia ::





Sangat susah ouh tunggu kau.
Tapi tak mengapa.
Semakin lama aku semakin mengenali sifat-sifat kau yang mungkin tak sempat untuk aku kenali dulu.

Walaupun kata-kata yang keluar dari bibir kau amat sukar untuk dikejar,
Aku masih lagi memahaminya,
Tidak pernah sekalipun aku tersalah faham dengan maksud kata-kata kau itu.

Aku juga memahami bagaimana kau ingin teruskan hidup.
Tidak mahu ada kekusutan yang membuatkan kau terumbang-ambing.
Tidak mahu berbicara tentang sesuatu yang mungkin membuatkan kau sedih.
Dan tidak mahu untuk dipersalahkan sekiranya sesuatu itu tidak menjadi.
Jangan risau ya!
Aku akan tetap menemani kau.
;)

Kadangkala aku terfikir,
Adakah betul apa yang aku lakukan ini?
Adakah berbaloi pengorbanan dalam kesanggupan aku ini?
Adakah semuanya akan baik-baik saja?

Jawapannya : YA!

Tidak ada yang salah untuk aku lakukan sekiranya hanya untuk kau.
Pengorbanan dalam kesanggupan ini sangat berbaloi sekiranya hanya untuk kau.
Dan semuanya akan baik-baik saja sekiranya hanya untuk kau.
(^_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan